mietony on DeviantArthttps://www.deviantart.com/mietony/art/Low-Polygon-Portrait-Badhrul-Radzi-Piya-499574447mietony

Deviation Actions

mietony's avatar

Low Polygon Portrait - Badhrul Radzi (Piya)

By
Published:
566 Views

Description

captain_piya16 Mohd Badhri Mohd Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Badhri Radzi yang juga dikenali sebagai Piya sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai 'kapten' kepada pasukan Juara Liga Super Malaysia 2011 & 2012 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.

Sentuhan Badhri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi 'attacking midfielder' pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.

Pemain yang dilahirkan pada 02 Jun 1982 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menyumbat gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadikannya sebagai sejarah untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya.

Badhri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaitu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badhri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Super Malaysia 2011-2012.

ANUGERAH: Badhri Radzi menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42.

Pemain Paling Bernilai 2013
Pemain Tengah Terbaik 2013

Image size
792x792px 208.16 KB
© 2014 - 2024 mietony
Comments0
Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In